• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penasihat Ketenteraan Amerika Lawat Mawilla 2 Di Sandakan

oleh Cj Mnh
21/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Ganesh Navaratnam hari ini menerima kunjungan Penasihat Pertahanan Amerika Syarikat, Kapt Brent Droste Sadler di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) di sini.

Menurut kenyataan MAWILLA 2, kunjungan pertama oleh wakil Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) sejak Ganesh memegang tampuk kepimpinan TLDM di wilayah laut itu adalah bersempena tamatnya eksesais dan latihan tahunan Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) 2018 yang bertempat di sekitar Kota Belud dan Lahad Datu selama 10 hari pada hujung minggu lepas.

Menurutnya, kunjungan Brent ke MAWILLA 2 dilihat sebagai peluang untuk memperkukuhkan kerjasama serantau khasnya di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone).

“Ia khususnya dari segi aspek keselamatan maritim, latihan ketenteraan, lawatan kapal TLAS, pelancongan ketenteraan serta mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang telah lama wujud diantara kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

Menurut MAWILLA 2, kunjungan itu juga membuka peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat serta membolehkan kedua-dua angkatan bertukar maklumat dalam isu keselamatan serantau serta meneroka peluang kerjasama baharu terutamanya dalam bidang pertahanan.

“TLDM dan TLAS sentiasa berhubung dalam pelbagai aktiviti seperti latihan bersama, seminar dan mesyuarat yang melibatkan dua hala serta pertukaran pegawai dan anggota serta aktiviti pelbagai hala,” menurutnya. – BERNAMA

Tags: lawatanPenasihat Pertahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Mahkamah Persekutuan Hanya Kerana DUN Kelantan Langkau Bidang Kuasanya – JKSM

KPN Buat Lawatan Mengejut Ke IPD Kajang

11/02/2024
0

PETALING JAYA: Berpegang kepada prinsip kepimpinan melalui teladan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turun padang melakukan tinjauan bagi...

Lawatan TMJ Ke Singapura Perkukuh Ekonomi Johor

Lawatan TMJ Ke Singapura Perkukuh Ekonomi Johor

14/07/2023
0

  Sudah bebeberapa hari berlalu sejak Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam mengadakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd