• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sasar Defisit Fiskal 2.8 Peratus Tahun Ini

oleh
21/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited terhadap usaha konsolidasi fiskal jangka panjang dan menyasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sasaran itu akan dicapai menerusi pelaksanaan pelbagai pendekatan termasuk tindakan membatalkan serta menangguhkan perbelanjaan tidak penting kerajaan sebanyak RM10 bilion.

“​​​​​​​Kerajaan yakin dapat menjimatkan lebih banyak wang pada masa depan, terutamanya selepas bertindak menjadikan usaha pemerolehan yang lebih telus menerusi langkah mempertingkatkan proses tender secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

SJPP merupakan pentadbir serta pengurus skim jaminan kredit di bawah Kementerian Kewangan.

Mengulas selanjutnya, Lim berkata, usaha mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan itu turut memerlukan perkongsian awam-swasta sebenar yang mengasingkan kos pembangunan antara kedua-dua pihak yang dapat membantu kerajaan menyediakan aspek infrastruktur tanpa menggunakan terlalu banyak sumber awam.

Malah, katanya, perkongsian awam-swasta merupakan antara pendekatan yang akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kewangan Awam (PFC) yang dipertanggungjawab untuk mengukuhkan kewangan awam dengan menyenaraikan pelan fiskal jangka pertengahan kerajaan.

“PFC akan turut membantu kerajaan menangani isu tunggakan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion yang mana pembayaran secara berperingkat akan dilakukan mulai tahun depan dalam usaha menguruskan kedudukan fiskal kerajaan.

“Pembayaran kepada perniagaan kecil akan diutamakan kerana golongan ini yang paling banyak terjejas,” katanya.

Sementara itu, MoU yang dimeterai hari ini akan membolehkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapatkan pinjaman tanpa kolateral sehingga RM1 juta menerusi penyelesaian kewangan SJPP-UOB BizMoney.

Menerusi usaha itu, SJPP akan bertindak menjamin sehingga 70 peratus pinjaman menerusi Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan.

Penyelesaian kewangan SJPP-UOB

BizMoney juga menyediakan pembayaran semula secara fleksibel dalam tempoh 18, 24, 36, 48 atau 60 bulan dengan kadar faedah pada 0.54 peratus sebulan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd