• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Khas PAS Bincang Calon Ketua Pembangkang

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – PAS akan mengadakan satu mesyuarat khas di kalangan anggota parti bagi memutuskan calon yang layak menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang sebelum membawa usul itu kepada majlis mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang.

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata notis untuk mengadakan mesyuarat khas itu akan dikeluarkan sebelum mesyuarat itu diadakan dalam masa tiga atau empat hari lagi.

“Saya jangka antara agenda yang mungkin dibincangkan adalah mengenai siapa akan menjadi ketua pembangkang dan juga bagaimana kita hendak memperkukuhkan pakatan rakyat bagi meneruskan agenda perjuangan,” katanya selepas majlis Makan Malam Amal Media bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sebuah restoran di Tok Jembal di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang turut hadir di majlis itu enggan menemui wakil media.

Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Sementara itu, Ahmad Samsuri mengakui pihaknya ada menerima memorandum berhubung dakwaan wujud komplot menjatuhkan Abdul Hadi yang diedarkan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim, Isnin lepas.

Katanya memorandum itu akan teliti bagi melihat sama ada mempunyai asas atau tidak kerana yang penting PAS mahu memperkukuhkan kepimpinan parti. – BERNAMA

Video: Keputusan Kes Liwat Anwar: Reaksi Bekas Presiden Majlis Peguam

https://www.youtube.com/watch?v=b4ZVzUGYv-o

Tags: pakatan rakyatPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd