• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beradik, Rakan Maut Ketika Ingin Pulang Beraya

oleh
21/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Memandu dalam keadaan mengantuk dipercayai menjadi punca kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Produa Viva dan treler di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang berhampiran Padang Tengku, Lipis pada 9.50 pagi tadi sehingga mengorbankan tiga beradik dan seorang rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azri Akmar Ayob berkata siasatan awal mendapati kesemua mangsa telah menyewa kederaan itu untuk pulang ke kampung halaman mereka di Keluat Beris, Kubur Besar, Bachok dan Pasir Mas Kelantan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Menurutnya mangsa yang terlibat ialah pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan Norfasmida Mohamed, 24 yang merupakan pemandu, kakaknya Mimi Suziana Mohamed,39 berkeja sebagai jurujual , adiknya Ahmad Faris Mohamed, 16 pelajar Kolej Vokasional Seremban dan rakan pemandu Nur Farah Farahainsah, 21 yang juga pelajar IKBN Pekan.

“Sebelum kejadian pemandu treler tanpa muatan berkenaan telah nampak kereta itu yang menghala ke Kelantan itu masuk ke laluannya menyebabkan pemandu treler, yang berusia 25 tahun itu membunyikan hon beberapa kali bagi memberi amaran.

“Bagaimanapun tiada tindak balas diberikan, malah kereta itu terus mara ke hadapan menyebabkan pemandu treler berkenaan terpaksa membrek dan mengelak ke kiri jalan.

“Namun treler terkena bahagian sisi kanan kereta berkenaan menyebabkan ia remuk teruk akibat impak pelanggaran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akibat rempuhan itu, kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami, namun pemandu treler dan pembantunya tidak mengalami kecederaan.

Kesemua mayat kemudian dihantar ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat.

Kawasan kemalangan katanya merupakan jalan lurus dan ketika kejadian kereta berkenaan dalam keadaan menurun bukit menghala ke Merapoh.

Kes siasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut melakukan ujian saringan air kencing dan mengambil sampel darah pemandu lori berkenaan bagi tujuan toksikologi. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd