• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Taman Satria, Senawang

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 17 rumah rosak dilanda ribut di di Taman Satria, Senawang dekat sini, hari ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seremban Emily Mirza Kamsari berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1.40 petang dan kebanyakan rumah terbabit mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

“Tiada kecederaan dilaporkan, dan kita (JKM) masih jalankan bancian kerosakan. Sehingga kini, 17 rumah mengalami kerosakan termasuk lima yang terjejas teruk pada bahagian bumbung,” katanya di di sini.

Seorang penduduk, Zairina Zailan, 33, berkata beliau sedang menunaikan solat Zohor apabila terdengar bunyi kuat daripada bahagian atas rumahnya.

“Saya terus berhenti solat apabila terdengar bunyi itu. Badan saya menggigil melihat angin kuat menarik bumbung rumah sehingga tercabut satu per satu.

“Kemudian, anak-anak saya yang berumur lapan dan enam tahun menangis, lalu kami sekeluarga segera keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Zairina berkata. kejadian seperti itu pernah berlaku dua tahun lepas namun, angin ribut kali lebih teruk berbanding sebelum ini.

Suaminya Rusidi Mansor, 40, berkata kos pembaikan bumbung bagi kelima-lima rumah terjejas teruk itu dianggarkan RM3,633 dan dikongsi bersama jiran yang terlibat.

“Kalau boleh, pembaikan bumbung itu siap hari ini juga sebab takut hujan nanti, keadaan lebih buruk,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Hatiyah Sulaiman, 69, berkata beliau baharu selesai menunaikan solat Zohor apabila terdengar bunyi kuat dan keadaan di dalam rumahnya tiba-tiba menjadi terang.

“Rupa-rupanya atap rumah dah tercabut. Saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya pada masa itu. Saya jerit dan ajak suami keluar rumah ikut pintu belakang,” katanya.

Suaminya Osman Sulaiman, 67, cedera sedikit di bahagian dahi kerana terkena serpihan atap rumahnya dalam ribut itu. – BERNAMA

Tags: ribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd