• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jutawan Pengutip Sampah Di China

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHINGQING, China – Sekali imbas kelibat seorang lelaki yang sering dilihat mengutip sampah di bandar Chingqing di barat daya China ini mungkin kelihatan seperti pekerja perbandaran yang ditugaskan untuk menjaga kebersihan.

Namun, ramai yang terkejut apabila mengetahui lelaki itu sebenarnya adalah seorang jutawan yang memiliki syarikat hartanah, pengedar kereta dan beberapa kilang pengeluaran di China.

Sejak tiga tahun lalu, Zhong Congrong, 52, akan berjalan di bandar itu sambil mengutip sampah sehingga dia dikenali sebagai pengutip sampah jutawan.

Congrong berkata, dia mendapat inspirasi untuk menjaga alam sekitar selepas bertemu dengan seorang bekas profesor di wilayah Hainan yang menghabiskan masa lapangnya dengan mengutip sampah di kawasan taman.

Dia sangat kagum dengan semangat wanita berkenaan dan sejak itu dia melakukan perkara sama di bandarnya sendiri.

Pada mulanya, usaha Congrong itu menerima banyak reaksi negatif daripada orang ramai yang tidak faham mengapa seorang jutawan sanggup mengotorkan tangannya untuk mengutip sampah.

Ramai menuduh Congrong hanya mahu menjadi tarikan media untuk mempopularkan dirinya, malah isteri dan anaknya juga malu dengan tindakannya itu.

Apabila masa berlalu, penduduk mula melihat kawasan bandar mereka semakin bersih kerana usaha Congrong dan sejak itu mereka mula memuji serta menyokong lelaki berkenaan.

Malah isterinya juga bangga dengan Congrong, dan wanita itu juga menubuhkan badan bukan kerajaan yang berkempen membasmi amalan membuang sampah.

Congrong juga memakai baju dengan slogan menggalakkan orang ramai menjaga kebersihan dan dia juga mendenda pekerjanya yang membuang sampah merata-rata di tempat kerja.

“Sama ada anda membuang atau mengutip sampah, ia tidak mempunyai kaitan dengan pencapaian akademik, latar belakang budaya, umur atau status sosio-ekonomi,” kata Congrong. – Agensi/myMetro Online

Tags: Chinajutawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

19/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 19 Jun 2026 – Wanita yang tular susulan sebuah klip video ketika berada di China tampil...

Dua Kapal China Dilapor Hampiri Kawasan ZEE Malaysia Di Sarawak

Dua Kapal China Dilapor Hampiri Kawasan ZEE Malaysia Di Sarawak

16/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Pergerakan beberapa kapal berkaitan China yang dilaporkan menghampiri kawasan berhampiran Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd