• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Laporan Pemandu Bas Rempuh Kenderaan Dipukul

oleh
19/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis tidak menerima laporan berhubung dakwaan pemandu bas henti-henti milik RapidKL dipukul beberapa individu selepas merempuh tujuh kenderaan di Jalan Ampang di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata buat masa ini pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ujian saringan air kencing mendapati pemandu bas itu positif Metamfetamin. Kita akan mempercepatkan proses air kencing untuk dihantar ke makmal forensik dan sekiranya positif juga kita akan mendapatkan arahan untuk menuduh di bawah kes dadah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jihad Memerangi Dadah di Perumahan Awam Sri Selangor di sini hari ini.

Semalam, pemandu bas berusia 32 tahun itu direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan selepas dia dipercayai memandu bas di bawah pengaruh dadah sewaktu kejadian rempuhan.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, sebanyak tujuh kenderaan rosak teruk selepas dirempuh bas yang dipandu seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang di sini. — LAGI

Sementara itu, Shaharuddin berkata pihaknya menolak dakwaan laporan akhbar tempatan hari ini kononnya pusat hiburan gay di Jalan Sultan Ismail di sini “kebal” daripada pengawasan pihak berkuasa.

Beliau berkata pihak polis ada membuat pemeriksaan di kelab hiburan itu pada hujung Julai lepas.

“Saya akan semak rekod-rekod sebelum ini sama ada operasi dibuat, tetapi dalam pengamatan saya, polis Dang Wangi ada membuat pemeriksaan pada 28 Julai lepas,” katanya.

Awal pagi tadi, dilaporkan pusat hiburan yang didakwa sering menjadi tumpuan golongan gay itu diperiksa dalam Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Op BAH) Siri 46.

Antara agensi terbabit ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikshan yang menyertai serbuan itu dilaporkan mendakwa pusat hiburan berkenaan memiliki lesen perniagaan yang sah namun hasil risikan, ia tidak pernah diperiksa sejak beroperasi lebih 30 tahun. – BERNAMA

Tags: Rapid KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

26/10/2025
0

Kuala Lumpur: Beberapa stesen Rapid KL ditutup sementara hari ini antara jam 4 hingga 6 petang atas faktor keselamatan sempena...

Banjir Kilat: 9 Hentian Bas Tak Dapat Dilalui Rapid KL

Banjir Kilat: 9 Hentian Bas Tak Dapat Dilalui Rapid KL

04/06/2023
0

SHAH ALAM : Sembilan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan banjir kilat berlaku kawasan Setia City Mall pagi ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd