• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Kekal Relevan Sebagai Medium Menyatupadukan Rakyat

oleh
19/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Sebagai sebuah stesen penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal relevan sebagai medium dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata ini dijayakan menerusi pelbagai rancangan yang diterbitkan sama ada program di radio mahupun televisyen.

“Meskipun menghadapi persaingan bukan sahaja daripada stesen penyiaran swasta di negara ini, malah kewujudan media alternatif yang kini semakin cuba mendominasi, namun RTM tetap unggul dan menjadi pilihan rakyat mendapatkan maklumat tepat,” katanya pada perasmian Pertandingan Akhir Bintang SandakanFM 2018 di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Sulitnya Mohd Hanafi Montoi. Turut hadir Pemangku Pengarah RTM Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi.

Pada pertandingan itu, Dewi Masita Osman dinobatkan sebagai juara, Siti Aqiela Nurdin (naib juara) dan Rahmat Mohamad (tempat ketiga).

Liew yang juga Anggota Parlimen Batu Sapi menyifatkan penganjuran pertandingan itu dapat mengetengahkan bakat nyanyian khususnya golongan belia di daerah ini di peringkat lebih tinggi.

Katanya tidak dinafikan RTM telah berjaya melahirkan bakat baharu dalam seni suara serta melahirkan barisan bintang popular menerusi pelbagai program pertandingan nyanyian dianjurkannya. – BERNAMA

Tags: RTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd