• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Balakong: Tak Timbul Soal Perpecahan Dalam BN

oleh
19/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda MCA menafikan berlaku perpecahan antara parti komponen Barisan Nasional (BN) malah setiap sayap pemuda perikatan itu akan bekerjasama membantu calon MCA berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Ketuanya Datuk Chong Sin Woon berkata perbincangan telah diadakan bersama setiap parti komponen untuk koordinasi tanggungjawab sewaktu tempoh 21 hari berkempen.

“Semalam pun ada wakil-wakil dari UMNO, Gerakan, MIC sewaktu penamaan,” katanya kepada Bernama, selepas melancarkan jentera Pemuda MCA bagi PRK Balakong di Kg Baru Batu 11, di sini.

Mengulas lanjut, Chong menegaskan bahawa penggunaan logo MCA buat pertama kali bagi pilihan raya ini juga telah dipersetujui dalam mesyuarat BN sebelum ini.

“Lepas kita bincang, kita nak gunakan peluang ini untuk kita buat percubaan nak lihat sama ada kalau komponen parti bertanding atas tiket sendiri dia akan dapat undi lebih baik atau tidak. Ini penting untuk kita lihat hala tuju parti komponen kita, kita masih dalam keadaan mencari hala tuju masa depan,” katanya.

Beliau berkata lebih 100 orang jentera Pemuda MCA akan turun padang antara lain bagi sesi ceramah dan mengedarkan risalah bagi kempen pilihan raya itu.

PRK DUN Balakong pada 8 Sept ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) yang menampilkan pemimpin muda wanita daripada parti gabungannya DAP Wong Siew Ki manakala MCA mempertaruhkan ahli perniagaan Tan Chee Teong. – BERNAMA

Tags: PRK Balakong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong Catat Peratusan Undi Terendah

08/09/2018
0

PETALING JAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah PRK...

Pakatan Harapan Menang PRK Balakong

08/09/2018
0

BANGI - Pakatan Harapan (PH) yang julung kali bertanding atas lambang sendiri pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd