• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Pakistan Dibunuh, Mayat Disumbat Dalam Kotak

oleh Ahmad Albab
19/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mayat seorang peniaga jalanan warga Pakistan ditemukan tersumbat di dalam sebuah kotak dan dibuang ke sungai berhampiran kawasan Taman Industri Kepong, Petaling Jaya semalam.

Mayat lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai menjadi mangsa bunuh itu ditemukan di sungai itu selepas suspek dua lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga Myanmar  yang ditahan membawa polis ke lokasi mayat peniaga itu dibuang.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata, mangsa dilaporkan hilang selepas keluar dari bilik sewanya di Lorong Sentul Kecil, di sini pada 1.30 tengah hari, Sabtu lepas.

“Kehilangan mangsa hanya disedari adiknya setelah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki warga Pakistan pada Ahad yang menyatakan abangnya berada bersama mereka dan meminta supaya menyerahkan wang sebanyak RM100,000, “ katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata adiknya, yang menerima ugutan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada polis, hanya membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa keesokannya selepas abangnya masih tidak pulang ke rumah.

Munusamy berkata berdasarkan laporan dan hasil risikan, sepasukan anggota polis kemudian menahan ketiga-tiga lelaki itu di sekitar Jalan Ipoh di sini, kira-kira 6 petang, semalam.

“Hasil soal siasat, dua lelaki warga Pakistan itu mengaku telah membunuh mangsa pada Rabu lepas kira-kira 4 petang.

“Berdasarkan maklumat, polis kemudiannya pergi ke lokasi berkenaan dan menemui sebuah kotak yang diikat dengan tali berwarna hijau yang mengandungi mayat mangsa,” katanya.

Munusamy berkata ketiga-tiga lelaki itu kini direman tujuh hari hingga Jumaat depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: kes bunuhMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd