• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palapes Antara Kumpulan Satria Contoh Anak Muda

oleh Ahmad Albab
18/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pelajar universiti yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) adalah antara kumpulan kesatria contoh anak muda daripada pelbagai kaum dan bangsa yang bukan sahaja berilmu pengetahuan malah mempunyai kemahiran dalam ketenteraan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pegawai kadet Palapes bukan sahaja menggalas tanggungjawab mempertahankan kedaulatan tanah air, malah membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani apa jua krisis atau ancaman yang berlaku dalam negara.

“Saya merasa begitu berbangga kerana saudara saudari telah memilih menyertai bidang ketenteraan yang merupakan antara profesion yang terunggul di dunia.

“Saya yakin bahawa latihan yang diikuti telah menjadikan saudara saudari lebih berani, tabah, berkeyakinan dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang,” titah baginda pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam Malaysia kali ke-37 di Universiti Sains Malaysia, di sini hari ini.

Seramai 1,778 pegawai kadet Palapes dari 18 buah universiti awam seluruh negara telah ditauliahkan dan daripada jumlah itu, 33 orang daripadanya ditauliahkan sebagai kadet terbaik keseluruhan.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan timbalannya Senator Liew Chin Tong serta Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan pegawai kadet Palapes supaya sentiasa berpegang kepada empat aspek penting sebagai pedoman iaitu tahap profesionalisme, disiplin, kerohanian dan kewajipan.

“Saya menaruh harapan tinggi agar anda menjadi contoh teladan dan kepimpinan melalui teladan dalam melaksanakan setiap kewajipan yang diamanahkan serta amalkan pembelajaran sepanjang hayat agar kita dapat menyebarkan budaya kepimpinan yang terbaik kepada rakan seperjuangan dan masyarakat,” titah baginda.

Baginda bertitah pegawai kadet Palapes seharusnya berperanan sebagai ‘Benteng Pertahanan Ke-2 Negara’ dengan sentiasa komited terhadap kewajipan pada setiap masa.

“Kepekaan terhadap persekitaran diperlukan khususnya corak ancaman masa kini dan masa hadapan. Milikilah ilmu pengetahuan berkaitan ketenteraan yang komprehensif dan menyeluruh bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman serta milikilah semangat kekitaan terhadap institusi ketenteraan dan bersedia membantu apabila diperlukan,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: PalapesRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Disyaki Meninggal Dunia Akibat Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera

Disyaki Meninggal Dunia Akibat Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera

01/08/2025
0

IPOH: Ibu kepada seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, menuntut agar siasatan segera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd