• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sombong ‘Tahap Dewa’? Ismail Izzani Tak Kisah

oleh Ahmad Albab
18/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu dia lebih mengenali dirinya dan tidak akan bersikap sombong seperti yang didakwa seorang jurugambar di laman Twitter.

Ismail, 18, berkata dia meminta maaf kerana tidak menyedari jurugambar itu mahu mengambil fotonya ketika di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2018) pada Sabtu lalu.

“Maaf bro tak perasan. Lain kali kalau sudi lagi. Kalau nak kata saya sombong, saya tak kisah.

“Saya lebih mengenali diri saya dan saya tak akan berbuat demikian. Bagaimanapun!!! Semoga hari anda ceria.

Ismail membalas semua status jurugambar yang mendakwa dia bersikap sombong.

“Teruskan kerja yang bagus dengan baik,” tulis Ismail menerusi laman Twitter miliknya.

Ismail memberi penjelasan tersebut selepas status Twitter jurugambar bernama Arfhi yang mendakwa penyanyi itu menghilangkan diri selepas ditegur untuk mengambil gambar dan ia tular di laman sosial.

Penyanyi lagu Luar Biasa itu hadir di KLFW2018 yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur bagi membuat persembahan pada pertunjukan fesyen jenama Rizman Ruzaini.

Menurut jurugambar tersebut, pelakon Yaya Zahir dan Elfira Loy antara selebiriti yang tidak mempunyai masalah untuk diambil gambar.

Ismail tidak kisah digelar sombong.

“Aku tegur Yaya Zahir dan Elfira Loy, alhamdulillah mereka okey dan elok saja.

“Aku tegur seorang mamat ni ‘Ismail Izzani’ fuh dia punya acah tahap dewa. ‘Bro, nak ambil gambar satu boleh?’ Dengan selamba blah. Hahaha.

“Kemon (come on) bro, jangan sombong sangat nanti tak ke mana,” kata Arfhi.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mengatakan Ismail tidak seperti itu namun dia seorang artis yang mudah bergambar dengan peminatnya. – mStar Online

Tags: ismail izzanipenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd