• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gas Ammonia Bocor : Kilang Ais Diarah Pindah

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri mengarahkan sebuah kilang ais, yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Klang di sini, supaya dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai jauh dari kawasan perumahan dan kawasan sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata pemilik premis berkenaan perlu memindahkan operasi kilang itu secepat mungkin bagi mengelak berulangnya kejadian kebocoran gas ammonia.

“Minggu depan cuti sekolah dan saya rasa ia adalah waktu yang tepat untuk kilang ais ini berpindah, paling penting tangki gas ammonia yang ada di kilang ini perlu dipindahkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Menurut Hee, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga telah membatalkan lesen operasi kilang itu bermula hari ini berikutan berlaku kebocoran kali kedua semalam.

Tambah beliau, pihaknya turut akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Selangor untuk mengadakan bancian ke atas kilang ais dan kilang menyimpan gas serta bahan kimia berbahaya bagi mengetahui jumlah dan lokasi kilang berkenaan.

“Ia adalah sebagai langkah awal untuk mengenalpasti jika terdapat kilang seperti ini terletak dekat dengan kawasan sekolah dan perumahan, jika ada ia akan diarah berpindah ke kawasan yang lebih sesuai,” katanya.

Dalam kejadian pagi semalam, sekolah itu terpaksa ditutup selepas sekali lagi berlaku kebocoran gas ammonia di kilang ais terbabit.

Menurut Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim, tujuh pelajar sekolah itu dikejarkan ke dua hospital berasingan selepas mengadu sakit tekak dan sesak nafas.

Pada Isnin lepas, kebocoran gas ammonia di kilang berkenaan menyebabkan dua pekerjanya maut sementara 18 lagi dikejarkan ke hospital.

Kejadian itu adalah yang kedua berlaku di kilang berkenaan selepas kejadian pertama dua tahun lepas, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa. – BERNAMA

Tags: Gas Ammoniakilang ais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi 3 Maut Dalam Lubang Pembetung: Mangsa Dipercayai Terhidu Gas Ammonia

Tragedi 3 Maut Dalam Lubang Pembetung: Mangsa Dipercayai Terhidu Gas Ammonia

20/12/2022
1

PUTRAJAYA: Tiga pekerja pemasangan kabel telekomunikasi yang maut dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya,...

Gas Ammonia Kilang Proses Ayam Bocor

02/02/2022
0

TANJONG KARANG : Seramai 463 pekerja sebuah kilang memproses ayam di Bagan Tengkorak di sini terselamat selepas berlaku kebocoran gas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd