• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Luas Operasi Pesawat Pengebom – Pentagon

oleh Ahmad Albab
17/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Tentera China telah meluaskan operasi pesawat pengebom milik mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini menerusi apa yang dilihat sebagai ‘latihan serangan’ terhadap Amerika Syarikat dan sekutunya.

Pentagon dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam berkata, penilaian itu didedahkan serentak dengan ketegangan memuncak AS-China berhubung aspek perdagangan dan ia terkandung dalam laporan tahunan yang memberi tumpuan kepada usaha China meningkatkan pengaruh mereka di peringkat global, mencakupi pertambahan perbelanjaan pertahanan, dianggarkan berjumlah AS$190 bilion (RM773 bilion).

“Sejak tiga tahun lalu, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) telah meluaskan kawasan operasi pesawat pengebom laut sekali gus menambah pengalaman tempur di kawasan penting maritim dan dipercayai berlatih untuk menyerang AS dan sekutu mereka,” kata laporan berkenaan.

Laporan itu dikeluarkan sebelum rundingan perdagangan antara kedua negara dan diharapkan mampu membantu mereka menyelesaikan konflik yang semakin memuncak, sekali gus mewujudkan ancaman terhadap kemungkinan berlakunya perang perdagangan.

Menurut laporan itu lagi, walaupun PLA terus meluaskan operasi, namun tidak dapat dipastikan apa mesej yang hendak disampaikan oleh Beijing menerusi pelaksanaan semua operasi pesawat terbabit.

Kedutaan China di Washington tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung perkara itu.

Pada tahun ini, pasukan tentera udara China mendaratkan pesawat pengebom milik mereka di beberapa kepulauan dan kawasan terumbu di Laut China Selatan, sebagai sebahagian daripada latihan di zon konflik itu. – Reuters/BH ONLINE

Tags: ChinaPentagon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd