• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Simpan Syiling Pinang Cikgu, Takdir Temukan Jodoh Mereka

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Muridku suamiku… cikguku isteriku, sekali dengar macam tajuk drama Melayu pula, namun siapa sangka ia sebenarnya berlaku dalam realiti kehidupan melibatkan dua insan bergelar pelajar dan guru.

Segalanya bermula dengan usik-mengusik di sekolah.

Muhammad Hazim Shahidan, 21, tidak menduga hubungan dengan Siti Aishah Pakechik, bekas gurunya di sebuah sekolah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang akhirnya membawa hingga ke jenjang pelamin.

Kedua-dua pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri di kediaman pengantin perempuan di Bukit Mertajam, Sabtu lalu.

Muhammad Hazim atau lebih mesra disapa Hazim ketika dihubungi mStar Online memberitahu bibit percintaan mereka bermula kira-kira tiga tahun lalu sewaktu dia mahu melanjutkan pelajarannya ke sebuah kolej swasta di Bangi, Selangor sejurus selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Isteri saya adalah cikgu subjek Fizik kelas saya. Saya suka mengusik dan bergurau dengan dia. Saya pernah kata suatu hari nanti saya akan menikahinya. Dan seperti biasa, dia (isteri) hanya buat tak tahu dan mengabaikan usikan saya.

“Ada suatu ketika, saya pernah kata cikgu tunggu saya lima tahun je, masa tu saya berumur 21 tahun, saya akan masuk meminang cikgu. Dia dengan selamba menjawab, kalau nak tunggu kamu, tualah saya kalau macam tu.

“Takdir Allah, benarlah kata-kata itu satu doa. Lima tahun kemudian, saya benar-benar meminangnya dan dengan restu kedua ibu bapa, kami bernikah dan bergelar suami isteri yang sah,” katanya.

Jelas Hazim, dia dan isterinya mula rapat selepas dia selesai menduduki SPM.

“Masa tu, saya dan kawan baik saya sering keluar dan dia banyak menasihati kami supaya melanjutkan pelajaran. Waktu itu saya menyedari yang saya mula menyayanginya,” katanya.

Namun bukan mudah bagi Hazim untuk memikat isterinya apabila cintanya pernah ditolak.

“Pada awalnya cinta saya ditolak namun saya tak berputus asa. Dia (isteri) meletakkan syarat agar saya dapat persetujuan kedua-dua ibu bapa kami kerana reda Allah terletak pada reda ibu bapa.

“Mungkin disebabkan faktor usia dan keadaan semasa, jadi kami memilih untuk tunggu saat yang sesuai untuk menjalin ikatan yang sah. Lagi pula, masa tu saya baru sambung belajar dan keadaan kewangan masih belum stabil,” katanya.

Walaupun berjauhan ketika itu, Hazim berkata demi membuktikan kesungguhan untuk memperisterikan bekas gurunya itu, dia mula membuat simpanan.

“Saya mula dengan wang syiling simpanan saya. Saya masih ingat lagi masa tu simpanan saya ada dalam RM477. Saya guna duit itu sebagai modal berniaga kecil-kecilan.

“Berkat sokongan daripada dia, bisnes kecil-kecilan saya dengan hanya menjual sarung tangan dapat sambutan. Saya juga jadi dropship tudung dan beg.

“Dengan usaha ini, alhamdulilah saya berjaya membuktikan saya mampu memilikinya dan meyakinkan kedua ibu bapa saya dengan sejumlah wang yang saya simpan,” katanya.

Malah Hazim berkata dia turut memohon petunjuk Allah mengenai hasratnya untuk memperisterikan Siti Aishah semasa menunaikan umrah di Makkah, Disember lalu.

“Semasa di sana saya berdoa agar Allah mempermudahkan niat saya untuk menghalalkan hubungan kami.

“Sejurus pulang dari Tanah Suci, saya menyatakan hasrat sekali lagi untuk mengikat tali pertunangan dengannya.

“Berkat doa dan restu ibu bapa kedua-dua pihak, semua urusan dipermudahkan. Dan pada tanggal 11 Ogos lalu, kami sah bergelar suami isteri,” katanya.

Ditanya mengenai jarak usia mereka yang agak jauh, Hazim berkata ia bukan penentuan kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

“Bagi saya usia bukan satu isu. Apa yang penting keikhlasan, sentiasa bersikap jujur dalam perhubungan dan buktikan perasaan sayang itu melalui usaha,” katanya yang minta dirahsiakan umur isterinya itu.

Dalam pada itu, Hazim berkata dia tertarik dengan senyuman dan sifat penyayang isterinya.

“Pertama kali saya lihat isteri di kantin sekolah, saya dapat rasakan sesuatu yang istimewa tentang dia. Senyuman dia berjaya memikat hati saya.

“Masa tu saya abaikan perasaan itu memandangkan dia guru saya. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana dia kini milik saya,” katanya.

Sementara itu, Siti Aishah berkata dia terbuka hati untuk menerima Hazim sebagai teman hidup selepas melihat keikhlasan dan kesungguhannya.

Terdahulu, majlis pernikahan pasangan ini menjadi tular selepas beberapa keping gambar pre wedding dan video akad nikah mereka dikongsi salah seorang rakan Hazim, Izzat Herman di Twitter. – mStar Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Gurupelajarperkahwinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

25/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd