• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Aishah, Doan Thi Huong Diperintah Bela Diri

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang warga Indonesia Siti Aishah dan seorang warga Vietnam Doan Thi Huong dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.

Hakim Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Di dalam prosiding itu, kedua-dua tertuduh memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah di dalam kandang tertuduh.

Sebaik tamat prosiding selama dua jam 40 minit itu, Aisyah dan Thi Huong tenang ketika jurubahasa memaklumkan mereka berhubung keputusan mahkamah.

Siti Aisyah, 26, dan Thi Huong, 29, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pada jam 9 pagi, 13 Februari 2017.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 8.20 pagi dikawal ketat pasukan polis.

Manakala petugas media mula berkumpul di kompleks ini seawal jam 7 pagi.

Seramai 34 saksi pendakwaan sepanjang 39 hari perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini yang bermula sejak 2 Oktober tahun lalu.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 236 bahan bukti dikemukakan kepada mahkamah termasuk pakaian dipakai ketika hari kejadian milik kedua-dua tertuduh dan mangsa serta rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian.

Jong-nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara Kim Jong-il, hidup dalam buangan di China dan Asia Tenggara selepas bergaduh dengan bapanya.

Beliau yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada di Malaysia sejak 6 Februari.

Pembunuhan itu mencetuskan perbalahan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara yang menyaksikan kedua-dua negara melarang warga negara masing-masing meninggalkan Malaysia dan Korea Utara dan mengundurkan duta masing-masing.
– BH Online

Tags: Kes Bunuh Kim Jong-Nammahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd