• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuala Kedah Bakal Terima Terminal Feri Baharu

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan membina terminal feri baharu di sebelah Terminal Feri Kuala Kedah bagi keselesaan penumpang, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata projek pembinaan terminal feri baharu itu akan mengambil tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk disiapkan.

“Kita masih kekalkannya (terminal baharu) di lokasi sedia ada tetapi kita akan pastikan lokasi terminal feri yang akan dibina itu tidak akan berlaku mendapan dan banjir seperti mana di terminal sebelum ini.

“Malah proses pembinaan itu juga tidak akan menjejaskan mana-mana penumpang feri,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) pada sesi soal jawab lisan.

Dr Azman ingin tahu jika kementerian akan memindahkan kedudukan Terminal Feri Kuala Kedah ke suatu lokasi yang lebih strategik dan berpotensi agar tidak mendatangkan masalah pada masa depan.

Menjawab soalan asal, Loke yang juga anggota Parlimen Seremban berkata pihaknya telah memperuntukkan RM208.9 juta untuk melaksanakan projek pembinaan semula dan menaik taraf Terminal Feri Kuala Kedah.

Katanya antara skop projek itu adalah meningkatkan paras ketinggian tanah dan menaik taraf sistem perparitan yang baik serta sistematik.

“Pada masa ini, kementerian sedang mengenal pasti kaedah perolehan dan agensi pelaksana bagi projek ini, seterusnya kita akan menganjurkan makmal pengurusan nilai dengan melibatkan agensi berkaitan

“Pada masa sama, proses perolehan tanah untuk projek tersebut juga sedang dilaksanakan,” katanya dan menambah pelantikan perunding secara tender terbuka dijangka dapat dibuat pada Disember 2018 dan projek ini akan bermula pada suku ketiga 2019.

Dr Azman dalam soalan asalnya meminta kementerian menyatakan rancangan pihak kementerian untuk menaik taraf dan mengatasi masalah air pasang melimpah di Terminal Feri Kuala Kedah. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: FeriKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd