• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Pelajar Dikejarkan Ke Hospital Terhidu Gas Ammonia

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tujuh orang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang, di sini yang terletak bersebelahan dengan kilang ais yang mengalami kebocoran gas ammonia pagi tadi, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit tekak dan sesak nafas.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata empat daripada pelajar berkenaan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang manakala bakinya dihantar ke Hospital Shah Alam.

“Kesemua mereka kini berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Berikutan kejadian itu, sesi persekolahan di sekolah itu terpaksa dibatalkan.

Pengetua sekolah, Lin Peck Poh berkata beliau mengesyaki berlaku kebocoran gas berbahaya berkenaan pada kira-kira pukul 6.30 pagi dan mengarahkan semua pelajar dan guru supaya pulang kerana risaukan keselamatan mereka.

“Masa itu ada bau sangat kuat macam hari Isnin lepas, untuk keselamatan saya suruh pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri untuk pulang dan mana yang tiada kenderaan kita bawa mereka ke sebuah restoran makanan segera di kawasan ini untuk menunggu ibu bapa mereka datang ambil,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian pada Isnin lepas, dua pekerja warga asing kilang berkenaan maut manakala 18 yang lain dimasukkan ke hospital selepas terhidu gas ammonia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamarudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengetua sekolah berkenaan pada kira-kira pukul 7 pagi dan mengarahkan 16 anggota bomba termasuk lima anggota Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) bergegas ke lokasi.

“Siasatan awal kami mendapati kebocoran berlaku di dalam kawasan kilang dan belum merebak ke kawasan sekitar, bacaan tahap gas ammonia dalam udara di dalam kilang adalah pada kadar 200 ppm (part per million) dan di luar kawasan kilang pada 10 ppm berbanding bacaan normal 50 ppm,” katanya.

Tambah Azmel pemilik kilang juga menyatakan bahawa kilang berkenaan tidak beroperasi selepas diarahkan tutup oleh Majlis Bandaraya Shah Alam pada Isnin lepas dan bomba sedang giat mencari punca kebocoran lain pada mesin di kilang itu. – BERNAMA

Tags: Gas Ammoniapelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd