• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagu Cinta Untuk Orang, Lagu Ketuhanan Untuk Sendiri

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi baharu yang dikenali dengan lagu Bismillah iaitu Ikhwan Fatanna masih ingin mengekalkan konsep ketuhanan dalam karyanya yang lebih santai.

Ikhwan, 28, berkata dia hanya menghasilkan lagu-lagu berkisahkan cinta untuk dinyanyikan penyanyi lain.

“Sebenarnya kebanyakkan lagu yang saya tulis mengenai cinta, saya akan berikan kepada penyanyi lain untuk menyanyikannya.

“Kalau untuk saya sendiri, memang lebih selesa dengan konsep ketuhanan yang lebih santai.

“Saya masih kekalkan konsep itu sebab tak ramai yang buat genre muzik itu. Ramai penyanyi pilih genre balada,” kata Ikhwan kepada mStar online.

Ikhwan hasilkan lagu berkonsepkan cinta untuk penyanyi lain.

Ikhwan ditemui ketika majlis pelancaran video muzik single ketiga Amir Masdi iaitu Puas di Redbox, The Gardens Mall di sini pada Selasa lalu.

Menurut Ikhwan, single ketiga Amir yang dicipta bersama Ayden Ali itu lebih sesuai untuk dikaitkan dengan merintih kerana mudah dekat dengan pendengar.

“Lagu Puas itu mempunyai perasaan dan sesuai untuk dikaitkan dengan jiwang atau merintih.

“Sebab itu, saya berikan kepada Amir untuk single ketiga dia. Lagu itu pun senang dekat dengan pendengar,” ujarnya.

Dalam pada itu, selepas lagu Bismillah menerima sambutan yang baik kini Ikhwan tampil dengan single terbaharu berjudul Jannah.

Menurut Ikhwan, lagu tersebut mempunyai konsep yang sama dengan lagu terdahulu namun ianya lebih rancak serta menonjolkan vokalnya.

“Selepas lagu Bismillah diterima, saya keluarkan lagu terbaharu berjudul Jannah pada 25 Mei lalu.

“Harapan saya agar dapat sambutan yang sama macam lagu sebelum ini. Lagu itu masih kekalkan Konsep yang sama.

“Tapi susunan muzik yang lebih rancak dan dalam pada masa yang saya dapat tonjolkan vokal saya,” katanya. – mStar Online

Tags: Ikhwan Fatannapenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd