• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zulkifli Sah Ketua Pengarah Baharu AADK

oleh
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah mengesahkan beliau akan bertukar ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai ketua pengarah agensi itu.

Zulkifli berkata beliau akan melapor diri di AADK, Isnin depan.

“Ketua pengarah AADK yang lama telah bersara dan telah diperkosongkan oleh kerajaan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mempercayai saya untuk menjawat jawatan berkenaan.

“Saya agak terkejut apabila menerima berita itu (dipilih sebagai ketua pengarah AADK) dan ia merupakan satu penghormatan kepada saya untuk mengetuai satu agensi yang penting kerana masalah dadah adalah masalah utama negara,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis perbarisan bersempena persaraan wajib Komander Pasukan Polis Marin Datuk Abdul Rahim Abdullah, hari ini.

Abdul Rahim akan digantikan oleh Timbalan Komander (Kejuruteraan) Pasukan Polis Marin, Bukit Aman, ACP Azmi @Azami Ibrahim berkuat kuasa 16 Sept depan.

Zulkifli berkata walaupun beliau akan meninggalkan pasukan polis, namun beliau berpendapat AADK mempunyai kaitan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dalam membantu membanteras dadah.

Beliau berkata dengan pertukarannya ke agensi itu diharap dapat membentuk satu sinergi di antara Polis Diraja Malaysia dan AADK serta menjalin kerjasama yang erat.

“Saya akan buat satu sidang media khas mengenai pelantikan saya sebagai ketua pengarah AADK yang baharu dalam masa terdekat,” katanya.

Ditanya siapa yang akan menggantikan tempat beliau sebagai pengarah KDNKA, Zulkifli enggan mengulas lanjut dan menyerahkan perkara itu kepada Ketua Polis Negara dan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk membuat keputusan. – BERNAMA

Tags: AADKDatuk Seri Zulkifli Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah. Ikuti Mynewshub: Telegram Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd