• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Markah Untuk Kad Laporan 100 Hari PH

oleh Cj Mnh
15/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hanya memberikan 20 markah untuk kad laporan janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika membentangkannya kepada media dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini.

Angka itu jelas menunjukkan bahawa lebih separuh daripada 10 janji yang perlu ditunaikan oleh PH dalam jangka masa 100 hari selepas diberikan mandat oleh rakyat melalui Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah berstatus gagal ditunaikan.

Penasihat Suaram, Dr. Kua Kia Soong berkata, sikap kerajaan yang dilihat sengaja melengah-lengahkan agenda reformasi yang sangat diimpikan rakyat adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diterima.

Menurut beliau, sebaliknya, kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti lebih cenderung untuk melaksanakan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam manifesto dan bukan keutamaan seperti projek kereta nasional ketiga.

“Selain itu, kita juga melihat bahawa trend dalam membuat keputusan oleh kerajaan hari ini bersifat autokratik, seolah-olah sama seperti yang berlaku ketika era pentadbiran 1.0 Dr. Mahathir,” katanya ketika membentangkan laporan berkenaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pemangku Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Sharul Aman Mohd. Saari dan pensyarah komunikasi di University of Nottingham kampus Malaysia, V. Gayathry. – UTUSAN ONLINE

Tags: pakatan harapanSuaram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd