• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tak Campur Urusan UMNO – Najib

oleh Cj Mnh
15/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan tidak pernah mencampuri urusan parti selepas meletak jawatan sebagai Presiden pada 12 Mei lalu.

Menyatakan sokongan penuhnya terhadap pimpinan baharu UMNO, beliau berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bebas membuat sebarang keputusan dan menentukan hala tuju parti.

Najib berkata, atas kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pekan dan bekas Perdana Menteri, beliau berhak bersuara bagi mempertahankan diri serta dasar yang dilaksanakannya ketika memimpin negara.

“Datuk Seri Zahid bebas membuat keputusan, contohnya pemilihan calon di (Pilihan Raya Kecil) Sungai Kandis dan lain-lain. Saya sokong beliau sebagai Presiden yang baharu.

“Namun, saya juga harus perjelaskan persepsi atau manipulasi fakta dan angka oleh kerajaan baharu.

“Saya gunakan hak saya untuk menjelaskan dasar dan sebab ia dilaksanakan. Sebagai Ahli Parlimen, itu tugas saya. Pentadbiran UMNO bebas untuk buat apa saja, saya akan sokong,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas saranan Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang mahu Najib menjarakkan diri daripada parti itu bagi membolehkan UMNO dilihat relevan ke arah melancarkan transformasi kepemimpinan baharu.

Najib berkata, antara perkara yang perlu diperjelaskan adalah isu hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion, sedangkan nilainya hanya RM686 juta ketika beliau meninggalkan pentadbiran.

“Mereka (kerajaan) kata RM19 bilion hilang. Saya percaya ia tak hilang dan saya mahu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuat siasatan menyeluruh secepat mungkin,” katanya. – BH Online

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd