• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,499 Murid Di Johor Direkodkan Tercicir Pelajaran

oleh Cj Mnh
15/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Seramai 4,499 daripada 579,923 murid di negeri ini direkodkan sebagai pelajar tercicir pelajaran sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata antara faktor berlaku keciciran ialah masalah kewangan, kurang minat terhadap pembelajaran, penceraian (dalam keluarga) serta masalah disiplin.

Beliau yang memangku tugas portfolio Pendidikan berkata mengikut pecahan, terdapat 68,725 murid di Batu Pahat dengan seramai 170 daripadanya merupakan murid tercicir pelajaran, Johor Bahru (120,454 murid, 1,412 tercicir), Kluang (46,543 murid, 424 tercicir), Kota Tinggi (33,606 murid, 1 tercicir) dan Mersing (13,440 murid, 101 tercicir).

“Muar pula merekodkan 41,814 murid dengan 379 tercicir, Pontian (29,324 murid, 197 tercicir), Segamat (32,753 murid, 282 tercicir), Kulai (55,398 murid, 357 tercicir), Pasir Gudang (114,830 murid, 1,038 tercicir) serta Tangkak (23,145 murid, 138 tercicir),” katanya menjawab soalan Abd Taib Abu Bakar (BN-Machap) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini berhubung murid keciciran pelajaran.

Mohd Khuzzan berkata bagi mengatasi masalah tersebut pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir (JPMC), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), badan bukan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia memainkan peranan masing-masing.

Ia termasuk mengenalpasti keluarga bermasalah, mengadakan motivasi, program kerjaya serta pendidikan alternatif kepada murid. – BERNAMA

Tags: keciciran pelajarmotivasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Jemput NGO Kongsi Data Mengenai Keciciran Pelajar

KPM Jemput NGO Kongsi Data Mengenai Keciciran Pelajar

08/01/2023
0

NIBONG TEBAL : Kementerian Pendidikan (KPM) menjemput mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang membuat kajian berhubung isu keciciran pelajar untuk...

Perkongsian Pengalaman Wanita Berjaya Mampu Beri Motivasi

09/08/2018
0

KOTA KINABALU - Perkongsian pengalaman wanita yang menempuh pelbagai cabaran sebelum melakar kejayaan untuk dikongsikan kepada wanita lain mampu memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd