• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Pelajar Terlibat Kes Buli

oleh
15/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Cherating di sini kerana dipercayai terlibat dengan kes buli seorang pelajar tingkatan dua yang videonya tersebar dalam laman sosial sejak semalam.

Suspek bersama dua lagi rakan sekelasnya berusia 14 tahun dipercayai melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu menyebabkan mangsa lebam di pipi kiri akibat dipukul.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komissioner Mohamad Noor Yusuf Ali berkata bagaimanapun dua lagi rakannya telah disoal siasat sebaik sahaja mangsa membuat laporan polis pada 10 Ogos lalu.

“Siasatan awal mendapati, mangsa telah diganggu sejak April lalu dan mangsa bukan sahaja dibuli, tetapi salah seorang suspek juga pernah merampas wang sakunya.”

“Sebaik menerima laporan, polis telah menjalankan siasatan dan dua daripada pelajar yang terlibat telahpun diambil keterangan.

“Bagaimanapun seorang lagi suspek gagal ditemui kerana tidak hadir ke sekolah selepas mengetahui dua rakannya telah pun disoal siasat oleh polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam video yang berdurasi 1.38 minit itu mangsa bukan sahaja ditumbuk dan diterajang, tetapi turut dipukul dengan kerusi serta batang penyapu dalam kejadian di sebuah kelas.

Sehubungan itu beliau meminta kerjasama ibu bapa pelajar berkenaan serta pihak sekolah untuk membawa pelajar berjumpa pihak polis bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Tags: kes buli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

18/08/2025
0

JOHOR: "Anak saya mengalami masalah gegaran otak akibat buli hingga keluarga kami berdepan pelbagai kesulitan, tetapi pelaku tidak diambil tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd