• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Seorang Penyayang, Tak Sangka Boleh Bunuh Anak

oleh
14/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – “Dia seorang bapa penyayang tetapi pengaruh dadah menyebabkannya tergamak membunuh anak sendiri,” kata anggota keluarga kanak-kanak yang ditetak mati oleh bapanya sendiri di Flat Puchong Permai, Subang Jaya, semalam,

Sepupu kepada bapa kanak-kanak itu, Zaidi Said, 46, berkata beliau masih sukar mempercayai kejadian yang menimpa keluarganya itu dan beliau tidak menyangka sepupunya boleh bertindak sekejam itu terhadap anak sendiri kerana dia sayangkan anaknya itu, kata Zaidi ketika ditemui Bernama hari ini

“Dia seorang yang baik dan sebelum ini ibu saudaranya ada memberi cadangan untuk menjaga anaknya namun dia menolak atas alasan masih mampu menjaga anaknya,” kata beliau.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.40 petang itu, bapa berusia 35 tahun itu dikatakan telah menetak tiga kali kepala dan pergelangan tangan kanan anaknya berusia lima tahun, yang sedang tidur.

Lelaki itu ditahan polis di flat yang sama dan siasatan mendapati dia positif dadah jenis syabu (Methamphetamine) selain dilaporkan ketagih air ketum dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Bagaimanapun, usaha Bernama untuk mendekati ibu mangsa berusia 24 tahun, gagal kerana masih bersedih dan belum bersedia untuk ditemu bual.

Ibu mangsa bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat belah belah di Puchong.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata proses bedah siasat kanak-kanak itu di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang selesai kira-kira jam 1.30 petang ini dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kroh, Karak, Pahang petang ini.

Beliau juga berkata lelaki itu akan direman selama tujuh hari. – BERNAMA

Tags: kes tetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

25/10/2025
0

TUMPAT: "Saya terdengar suara mengerang kesakitan dari luar rumah sebelum keluar dan sangat terkejut melihat anak dalam keadaan berlumuran darah,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd