• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wani Tidak Kisah Kurang Popular

oleh Ahmad Albab
14/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERJALANAN karier seni penyanyi kecil molek Wani tidaklah terlalu deras jika dibandingkan dengan ramai rakan seperjuangannya yang lain ketika ini, namun graf seninya sentiasa konsisten.

Ironinya, ini merupakan tahun kelima Wani dalam industri. Tidak keterlaluan jika dikatakan, saat rakan seangkatan bawah syarikat pengurusan sama iaitu FMC sudah jauh ke hadapan mencipta populariti, Wani dilihat agak ketinggalan di belakang.

Menyedari situasi tersebut, dengan tenang penyanyi berusia 21 tahun menyatakan pendirian. Sedikit pun dia tidak pernah berkecil hati mahupun berasa tertekan kerana segalanya terletak pada rezeki dan kelebihan masing-masing.

“Sebagai contoh, saya masuk dalam industri terlebih dahulu berbanding Wany Hasrita tetapi sekarang kedudukan dia jauh ke depan berbanding saya.

“Saya sedikit pun tiada rasa cemburu atau tertekan kerana semua ini soal rezeki. Setiap daripada kita sudah tertulis jalan cerita yang berbeza, jadi saya okey.

“Setidaknya situasi ini menyuntik semangat untuk saya lebih bersemangat memperbaiki diri,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini.

Wani kini mahu fokus mempromosikan single terbaharunya berjudul Pendusta Cinta. Ia merupakan ciptaan DJ Fuzz, Hez Hazmi selain Wani turut menyumbang ideanya dalam penulisan lirik untuk bahagian korus.

Kelainan

Menceritakan lanjut tentang lagu tersebut, penyanyi kelahiran Batu Pahat, Johor itu berkata, dia masih mengekalkan irama seperti lagu Alhamdulillah kerana mahu ia menjadi imejnya supaya mudah diingati peminat.

“Ini merupakan single keenam saya. Saya memilih untuk kekal menerapkan irama sama seperti lagu Alhamdulillah kerana tidak mahu terlalu mencipta kelainan. Saya bimbang nanti peminat keliru,” jelasnya.

Masih mengekalkan konsep lagu yang menonjolkan duetnya bersama penyanyi rap, kata pemilik nama lengkap Nursyazwani Selamat itu lagi, ia juga merupakan strateginya untuk terus kekal dengan imej sebegitu.

Cuma untuk kali ini, Wani menjalin kerjasama dengan penyanyi Waris selepas dua buah lagu duet terdahulu menampilkan gandingan bersama penyanyi rap Juzzthin menerusi lagu Alhamdulillah dan Lepaskan.

Selain bertukar pasangan duet, kali ini Wani juga dilihat semakin berani mencipta kelainan untuk single apabila tampil dengan sedikit tarian.

Mengakui sengaja menyuntik elemen tersebut kerana memang meminati dan gemar menari, kata Wani, dia mahu lari daripada kebiasaan konsep video muzik yang klise.

“Untuk lagu ini, saya tampil dengan keberanian mencuba sesuatu yang baharu kerana ironinya ramai peminat menggemari lagu rancak dan tarian.

“Meskipun bertudung, saya tidak memandang imej sebegitu sebagai halangan kerana dalam video itu pun, saya tidak menari secara berlebih-lebihan. Gaya pemakaian juga tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan,” tutupnya. – KOSMO ONLINE

Tags: penyanyiwani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd