• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gila Kumpul Mayat Curi Dari Kubur

oleh Ahmad Albab
14/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WARSAW – Polis bingung dengan perbuatan seorang lelaki gali satu perkuburan dan melarikan sembilan mayat sebelum tanam semula mayat berkenaan dalam kubur buatan sendiri berhampiran rumahnya di Gdansk, Poland.

Lelaki berusia 54 tahun itu, Dariusz R, yang dipercayai mengalami masalah mental mencuri mayat berkenaan sejak dua tahun lalu, yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan membawanya pulang menggunakan pengangkutan awam.

Menurut laporan media negara itu, dia yang membina tanah perkuburan sendiri, turut memasang batu nesan pada kubur mayat yang dicuri itu sebelum perbuatan peliknya dikesan November lalu.

Rakaman video menunjukkan polis menggali semua kubur itu dan menahan Dariusz.

Daily Mail bagaimanapun melaporkan, polis sukar untuk menjelaskan motif lelaki berkenaan, namun menyatakan Dariusz pernah menerima rawatan psikiatri walaupun masih bekerja.

“Kami mendapatkan nasihat ramai pakar bagi mencari kaitannya dengan kejadian ini. Namun, lelaki itu berkelakuan seperti biasa.

“Ia amat sukar difahami dan tidak masuk akal,” kata timbalan komander Polis Gdansk, Ewa Pachura.

Dariusz yang didakwa merosakkan kubur dan mencuri mayat selama dua tahun sejak 2016, berdepan hukuman penjara lapan tahun, namun pihak pendakwa raya memutuskan untuk tidak meneruskan hukuman itu memandangkan dia kurang siuman.

“Pakar mengesahkan dia gila dan tidak mempunyai kemampuan untuk mengetahui kesalahannya.

“Berdasarkan peruntukan undang-undang, dia tidak melakukan kesalahan jenayah,” kata Grazyna Wawryniuk dari Pejabat Pendakwa raya Daerah. – Agensi/myMetro Online

Tags: kuburMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd