• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Tan Kok Wai Berdasarkan Kelayakan

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai sebagai duta khas ke China adalah berdasarkan kelayakannya dan beliau mempunyai tanggungjawab untuk memudahkan hubungan perniagaan antara Malaysia dan China, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini, katanya Tan merupakan wakil daripada Majlis Perniagaan Malaysia China, yang bukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Loke ditanya sama ada kerajaan Pakatan Harapan telah melanggar janjinya untuk tidak mempunyai lantikan politik dalam GLC.

“Kami fikir beliau layak untuk jawatan tersebut dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan terhadap Tan Kok Wai untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua kerajaan,” katanya.

Pelantikan Tan dibuat dengan kerajaan baharu mengkaji semula beberapa projek mega yang dibiayai oleh syarikat milik kerajaan China.

Projek itu termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek saluran paip minyak. — BERNAMA

Tags: Anthony Loke
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook Najib Razak menyindir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook susulan perkembangan terbaharu berhubung peletakan...

Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah

Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd