• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada ‘Tangan-Tangan Langit’ Halang Anwar Jadi PM

oleh Cj Mnh
13/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ada golongan ahli PKR mendakwa wujud campur tangan pihak tertentu yang cuba menghalang pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, mendakwa gerakan itu digerakkan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, menerusi beberapa kenyataanya sebelum ini yang dilihat sebagai ‘campur tangan luar biasa’.

“Ini memberikan saya gambaran bahawa campur tangan beliau itu sebenarnya memberi isyarat untuk melengah atau memperlekehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal menjadi Perdana Menteri kelapan.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima, ada dalang cuba menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri dan ini tidak boleh dikompromikan.

“Kalau memerlukan bukti, saya boleh buktikan tetapi kena ikut lawatan saya ke negeri supaya ahli memahami masalah parti kami,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan kononnya Daim mempunyai rancangan menghalang peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar seperti dipersetujui PH.

Abdullah Sani yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, turut mengesahkan kesahihan rakaman video yang antara lain memaparkan beliau berucap mengaitkan Daim, Dr Mahathir dan seorang pemimpin tertinggi PKR kononnya berpakat menghalang pelantikan Anwar.

Abdullah Sani menyatakan kesediaan berdepan dengan sesiapa saja berhubung hal yang disifatkannya sebagai ‘tangan-tangan langit’.

“Saya tak boleh benarkan orang luar campur tangan dalam masalah parti kami, maka untuk mengukuhkan kedudukan Anwar, saya mengangkat (menyokong) Rafizi (Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli) kerana melihat pengorbanan dan komitmen beliau menjurus kepada agenda reformasi.

“PKR perlu didukung pemimpin seperti Rafizi tetapi apabila beberapa perkara yang membabitkan kenegaraan, Tun Daim campur tangan dan ini tak boleh berlaku.

“’Tangan-tangan langit’ jangan cuba mengganggu pentadbiran negara kerana kita tidak boleh negara ke belakang dari segi pentadbiran, sebaliknya kita mahukan perubahan,” katanya.

Beliau mendakwa Daim pernah menyatakan Anwar perlu menunggu sehingga Dr Mahathir menangani masalah ditinggalkan pentadbiran terdahulu, walaupun ada konsensus jawatan itu perlu diserah dalam tempoh dua tahun.

“Petikan kenyataannya (Daim) mewujudkan persepsi beliau cuba campur tangan dalam urusan peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar,” katanya. – BH Online

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd