• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Fail Rayuan Terhadap Penolakan Peroleh Perintah Larangan

oleh
13/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan pembela yang mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi mendapatkan perintah larangan menghalang media dan orang ramai daripada menyiarkan kenyataan mengenai merit kes jenayah yang dihadapinya.

Peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika dihubungi berkata notis rayuan telah difailkan hari ini dan satu salinannya telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Rayuan itu akan didengar di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Pada Jumaat lepas, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan bagi memperoleh perintah larangan itu selepas mendapati permohonan Najib itu tidak mempunyai justifikasi.

Najib, 65, menghadapi tujuh pertuduhan pecah amanah membabitkan dana milik SRC International berjumlah RM42 juta iaitu tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram.

Najib mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin.

Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Okt bagi pengurusan kes dan menetapkan 33 hari bermula 12 Feb tahun depan untuk perbicaraan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd