• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Jatuh Tak Jejas AEC

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejatuhan harga minyak global tidak akan menjejaskan pelaksanaan Komuniti Ekonomi Asean (AEC), kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri.

Beliau berkata rancangan Asean untuk mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah komuniti ekonomi tunggal berjalan dengan lancar.

“Kami yakin walaupun kejatuhan harga minyak global ia tidak akan memberi kesan negatif kepada pelaksanaan AEC,” katanya pada Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2015 di sini, hari ini.

Beliau merupakan salah seorang penceramah pada persidangan itu.

Hamim berkata Malaysia, sebagai pengerusi Asean bagi 2015, menumpukan untuk merealisasikan AEC pada akhir tahun.

“Kami menyasar negara-negara ahli Asean menyelesaikan 95 peratus daripada langkah-langkah penyepaduan pada tarikh itu,” katanya.

Beliau berkata potensi bagi Asean adalah besar dan sekiranya digabungkan dengan rundingan Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), pertumbuhan ekonomi masa depan rantau ini adalah cerah.

“RCEP melibatkan negara-negara dengan gabungan keluaran dalam negara kasar US$17 trilion, yang mana lebih besar daripada ekonomi AS atau Kesatuan Eropah,” katanya.

RCEP, yang dilancarkan secara rasmi pada 2012, merupakan cadangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara ahli Asean dengan enam negara yang Asean telah mempunyai FTA sedia ada (Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand). – BERNAMA

Tags: harga minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd