• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Bakal Terima Pelaburan Bernilai AS$400 Juta Dari China

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Johor bakal menerima pelaburan baharu bernilai AS$400 juta menerusi dua syarikat dari China kata Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

“Baru-baru ini saya didatangi beberapa syarikat besar dari China, disamping itu, saya juga mempunyai hubungan baik dengan pedagang China yang datang dan berjumpa.

“Sebuah kilang benang akan didirikan di Senai dengan pelaburan bernilai AS$200 juta dan kilang tayar di Segamat juga dengan nilai AS$200 juta,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini bagi menjawab soalan tambahan Datuk Ir Hasni Mohammad (BN-Benut) yang ingin tahu misi kerajaan Johor untuk masa depan negeri ini.

Osman berkata selain China, beberapa syarikat dari Perancis yang berpangkalan di Singapura, turut menyatakan minat mereka untuk melabur di negeri ini.

“Saya didatangi beberapa syarikat daripada Perancis di mana ada 10 syarikat berpangkalan di Singapura. Oleh kerana ada beberapa perkara mungkin tidak memberikan keselesaan maka, syarikat besar ini akan berpindah di Johor.

“Sebelum ini syarikat besar ini juga sudah melabur AS$250 juta, di sini, insya-Allah, dalam tempoh terdekat, syarikat ini sedang mengenal pasti di mana lokasi untuk dibangunkan kilang,” katanya.

Osman menegaskan usaha menarik pelaburan asing merupakan salah satu kaedah yang ingin kerajaan negeri realisasikan bagi mengumpul wang untuk dimasukkan dalam hasil kewangan negeri Johor.

Beliau berkata melihat kepada pengaliran wang keluar yang banyak, kerajaan negeri juga berhasrat meningkatkan bidang pertanian dan penternakan di negeri ini yang akan diumumkan pada pelancaran pelan pembangunan kerajaan negeri, Sabtu ini.

Katanya kerajaan negeri mempunyai perancangan hasil pertemuan dengan beberapa pakar dari Ukraine, baru-baru ini.

“Saya lihat banyak wang yang mengalir keluar. Kita import daging, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengalirkan banyak wang ke negara lain sedangkan negeri kita subur dan cukup kemudahan. – BERNAMA

Tags: Chinapelaburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd