• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Perempuan Lebam Disyaki Didera Pengasuh

oleh Ahmad Albab
13/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang bayi perempuan 10 bulan mengalami lebam pada bahagian pipi dipercayai didera pengasuh yang dikenali menerusi aplikasi WeChat pada hari pertama dijaga di sebuah rumah di Kuala Kedah, Sabtu lepas.

Ibu bayi itu, 31, yang juga seorang peniaga berkata beliau menghantar anak bongsu daripada dua beradik itu ke rumah pengasuh pada 11 pagi sebelum pergi bekerja dan mengambilnya pada 9.30 malam.

“Waktu itu, pengasuh beritahu pipi anak digigit nyamuk sebelum dia menyapu losyen pada seluruh badan termasuk pipinya dan menyebabkan berlakunya alahan. Dalam keadaan gelap saya tidak syak apa-apa dan terus pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau, bagaimanapun terkejut apabila mendapati terdapat kesan lebam pada pipi anaknya sebelum membawanya ke klinik swasta berhampiran pada keesokan hari.

“Saya bawa anak ke klinik pada 9.30 pagi dan doktor maklumkan kesan pada pipi anak bukan akibat alahan tetapi berkemungkinan didera kerana terdapat kesan lebam pada pipi kanan dan kiri.

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Langgar sebelum membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan lanjut. Anak telah dimasukkan ke wad kanak-kanak, semalam dan pagi ini akan menjalani pemeriksaan x-ray,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan bahawa pengasuh berusia 40-an itu telah ditahan kira-kira 4 petang semalam untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Dera BayiPengasuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

2 Pengasuh TASKA Direman Enam Hari

2 Pengasuh TASKA Direman Enam Hari

07/09/2024
0

Besut : Dua pengasuh wanita direman enam hari susulan penularan video kes dera kanak-kanak di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd