• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betulkah Guan Eng Mahu Turunkan Harga Rumah?

oleh Haris
12/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CUBA perhatikan apa yang disebut Menteri Kewangan Lim Guan Eng ini, yang menerangkan di bawah sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kos membina rumah akan lebih murah.

Beliau cuba membayangkan yang harga rumah menjadi semakin mahal semasa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Sebenarnya harga rumah sudah meningkat mendadak sekitar lima tahun sebelum GST dilaksanakan, menyebabkan ramai golongan berpendapatan sederhana pun sukar membeli rumah.

“Menerusi cadangan pengecualian barang-barang tersebut daripada SST dan kaedah pelaksanaan cukai SST yang lebih baik berbanding GST, saya berharap pihak pemaju dan pembeli mendapat faedah berikutan pengurangan beban cukai ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata menteri kewangan, di bawah regim GST, bahan-bahan asas seperti batu-bata, simen, pasir dan lain-lain bahan pembinaan dikenakan GST pada kadar enam peratus.

Malah, ​​​​​​​perkhidmatan pembinaan juga turut dikenakan GST sebanyak enam peratus, menyebabkan kos pembinaan meningkat hingga harga rumah pun meningkat.

Pengecualian ini boleh memberi manfaat kepada pemaju kerana tidak perlu dicukai seperti semasa GST dilaksanakan.

Bagaimanapun, harga rumah yang lebih rendah seperti yang dibayangkan Guan Eng dijangka tidak akan berlaku, antaranya kerana banyak rumah sedia ada sudah sedia mahal.

Guan Eng sejak sebelum menjadi menteri lagi sudah bercakap mengikut skrip yang menyalahkan GST sebagai punca segala kenaikan harga barang.

Apabila menjadi menteri, beliau lebih kuat menyalahkan GST kerana dasar kerajaan Pakatan Harapan mahu melaksanakan SST.

Walaupun sudah banyak laporan mengatakan harga barangan akan meningkat apabila SST dilaksanakan, menteri kewangan tidak menjawab soalan ini dan hanya mengulangi skrip menyalahkan GST.

Kerajaan PH tidak henti berdrama menyalahkan kerajaan sebelum ini walaupun isunya sekarang ialah SST dan bukan lagi GST yang sudah dihapuskan.

Pengecualian untuk industri pembinaan ini perlu diberi penerangan lagi tentang rasionalnya kenapa diberikan.

Guan Eng juga mesti menjawab adakah harga rumah boleh turun dengan langkah ini atau sekadar memberi hadiah kepada pemaju, lebih-lebih lagi memandangkan beliau diketahui umum mempunyai hubungan baik dengan pemaju. – Mynewshub.tv

Tags: harga rumahLim Guan EngpemajuSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd