• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

N.Sembilan Catat 2,134 Kes HFMD Sehingga Semalam

oleh Ahmad Albab
12/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 2,134 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bagi tahun ini sehingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sebanyak 256.9 peratus berbanding 598 kes pada tempoh sama tahun lepas.

“Taburan kes HFMD mengikut daerah setakat ini adalah 1,489 kes di daerah Seremban, Port Dickson (160), Jempol (113), Rembau (96), Jelebu (62), dan 58 kes di Tampin.

“Pada minggu lepas sahaja, bilangan kes HFMD didaftarkan di Negeri Sembilan sebanyak 269 kes berbanding 268 kes didaftarkan pada minggu sebelumnya. Sebanyak 190 kes dilaporkan di Seremban, Port Dickson (38), Jempol (16), Kuala Pilah (12), Jelebu (tujuh), Tampin (lima) dan satu kes di Rembau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Veerapan berkata sebanyak enam premis masih ditutup sehingga kini melibatkan tadika, prasekolah dan taska akibat penyakit HFMD.

Beliau berkata tadika yang ditutup ialah Tabika Permata Perpaduan di Seremban, Tadika Little Caliph di Kuala Pilah dan Tadika Pasti Ar-Raudhah di Jempol manakala dua prasekolah ditutup iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seremban 2A dan SK Taman Tuanku Jaafar 2 serta sebuah taska iaitu Taska Permata Kampung Mengkan di Jempol.

“Setakat ini tiada sekolah ditutup sepenuhnya (akibat HFMD) di negeri ini,” katanya.

Veerapan berkata pihaknya telah menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dengan mengadakan sesi dialog bagi memberi pencerahan tentang penyakit HFMD kepada guru, pengusaha tadika dan taska dalam menangani penyakit itu. – BERNAMA

Tags: Kes HFMDNegeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hadir menyaksikan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah...

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kembali menjadi perhatian apabila muncul mempersoalkan cadangan mewujudkan jawatan Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd