• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yamani Hafez Digesa Kosongkan Kerusi Parlimen Sipitang

oleh
11/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIPITANG – Anggota Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa digesa mengosongkan kerusi Parlimen itu jika tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Dalam gesaannya, Anggota Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata sejak Pilihan Raya Umum ke-14 kira-kira tiga bulan lalu hingga sekarang, Yamani Hafez gagal “munculkan diri” dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang memilihnya.

“… jadi sia-sialah rakyat yang telah memilih beliau sebagai Anggota Parlimen Sipitang,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata Yamani Hafez perlu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada rakyat memilih wakil baharu yang dapat mendengar serta membantu menyelesaikan masalah mereka.

“Kita tahu dia dilahirkan dalam keluarga berada dan tidak biasa masuk kampung, mungkin sebab itulah (beliau) rasa tidak perlu turun padang,” katanya.

Yamani Hafez yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah dan anak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tidak hadir mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat pada upacara yang berlangsung 16 Julai lalu.

Media sebelum ini melaporkan keberadaannya turut menimbulkan tanda tanya dan polis dilaporkan tidak menolak kemungkinan Yamani Hafez berada di London bersama-sama bapanya yang kini dalam buruan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan beberapa kes.

Yamani Hafez mempunyai tempoh sehingga Januari tahun depan untuk mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen atau kerusinya akan diisytiharkan kosong.

Terdahulu, Yusof mengadakan dialog bersama masyarakat Kampung Long Pasia dekat sini yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidumin, iaitu satu antara DUN dalam Parlimen Sipitang.

Kampung Long Pasia yang terletak kira-kira 115 kilometer dari pekan Sipitang mempunyai kira-kira 1,000 penduduk daripada suku kaum Lundayeh. – BERNAMA

Tags: Yamani Hafez Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Sipitang Angkat Sumpah Jawatan

07/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa yang juga anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa...

Keluar Memo Akhir Angkat Sumpah Yamani Hafeez

05/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat akan mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada Yamani Hafez Musa dalam masa terdekat agar Anggota Parlimen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd