• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Lepasi Tahap Lulus Janji Manifesto PRU14

oleh
11/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah melepasi tahap lulus dalam usaha untuk menunaikan janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam tempoh 100 hari.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan komited untuk merealisasikan janji PRU14.

“Walaupun terdapat kategori yang kami berjaya laksanakan tetapi ada juga kategori dalam manifesto PRU14 yang belum dilaksanakan dan ada yang dalam proses pelaksanaan tetapi tidak sepenuhnya. Saya fikir rakyat boleh menerimanya,” katanya kepada pemberita mengenai tahap pencapaian PH dalam menunaikan janji manifesto PRU14.

Antara janji yang ditunaikan adalah penghapusan senarai hitam melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah dan menstabilkan harga minyak.

“Yang masih belum berjaya dilaksanakan adalah menghapuskan hutang peneroka FELDA di mana kerajaan melaksanakan selepas kedudukan kewangan kerajaan kembali baik,” katanya.

Di peringkat jemaah menteri dipersetujui penubuhan sebuah jawatankuasa kabinet mengenai kos sara hidup iaitu Majlis Menangani Kos Sara Hidup.

“Majlis Menangani Kos Sara Hidup ini akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang bertujuan untuk melegakan kos sara hidup rakyat termasuklah kos perumahan, kos pengangkutan, bil utiliti, kesihatan, harga barang dan pendidikan,” katanya.

Saifuddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, berkata pemimpin Pakatan Harapan harus memberi penerangan kepada rakyat kenapa terdapat janji dalam manifesto PRU14 yang belum dilaksanakan.

“Kerajaan mesti bersikap terbuka terima teguran dalam hal ini dan kita harus “communicate” dengan baik kenapa kita tidak dapat laksanakan dan tidak menyembunyi atau bersikap “denial” sindrom,” katanya.

Beliau berkata kekuatan kerajaan Pakatan Harapan yang berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan ini​​​​​​​ terbuka dengan teguran dan kritikan.

Terdahulu, Saifuddin memberikan Sumbangan Penghargaan Ibu Emas sebanyak RM100 kepada 954 penerima di kawasan Pantai Jerejak. – BERNAMA

Tags: Saifuddin Nasution Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih Untuk Bercuti

24/03/2022
0

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah adil orang yang pernah lari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd