• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Ingatkan Kabinet Agar Peka Dengan Isu Mara

oleh
11/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan jemaah menteri agar berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan berkaitan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Perdana Menteri berkata banyak kenyataan yang dilontarkan mengenai agensi itu yang mempengaruhi pandangan masyarakat umum.

“Ia sudah menjadi isu yang sensitif yang perlu diberi perhatian oleh Bersatu (PPBM) dan Pakatan Harapan (PH).

“Saya akan bawa perkara ini kepada menteri-menteri supaya mereka faham betapa pentingnya mereka sensitif terhadap pandangan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), malam tadi.

Beliau berkata PH perlu peka dengan pandangan orang ramai agar terus mendapat sokongan.

Dalam pada itu, Mahathir berkata kerajaan mahu mencontohi budaya Jepun terutama dalam melahirkan anak bangsa yang cemerlang.

Beliau berkata rakyat negara Matahari Terbit itu mempunyai etika yang tinggi dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Namun, sudah tentu kita tidak boleh buat perkara yang sama di sini. Banyak anak muda kita yang tidak berminat belajar dan bekerja, sebaliknya mereka lebih berminat jadi mat rempit dan melakukan kegiatan tidak membina.

“Kita perlu tangani masalah ini,” katanya yang mengadakan lawatan ke negara itu baru-baru ini.

Beliau berkata kerajaan perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah itu termasuk melihat kepada sistem pendidikan untuk melahirkan bakal pemimpin negara pada masa depan. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadMARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd