• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Kurang RM19.4 Bilion Bayar Balik GST

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini mengesahkan Tabung Amanah bagi keperluan pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kekurangan RM19.4 bilion setakat 31 Mei 2018.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri T. Subromaniam berkata bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Mei 2018, pihaknya membuat tuntutan berjumlah RM82.9 bilion bagi keperluan pembayaran balik GST bagaimanapun jumlah penuh tidak dipindahkan ke dalam Tabung Amanah.

Jumlah itu yang berdasarkan Borang GST-03 iaitu untuk menuntut bayaran balik GST yang telah difaikan ke dalam Sistem GST JKDM oleh pembayar cukai, dilaporkan oleh JKDM pada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun katanya daripada RM82.9 bilion yang dilaporkan, hanya RM63.5 bilion dibayar balik melalui Tabung Amanah bagi sepanjang tempoh itu.

“Oleh itu, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion,” katanya.

Tabung Amanah adalah satu Kumpulan Wang yang diwujudkan bagi tujuan pembayaran balik GST di bawah Seksyen 54 Akta GST 2014.

Semua bayaran GST dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang Disatukan yang kemudiannya dipindahkan kepada Tabung Amanah untuk membolehkan pembayaran balik GST dilakukan. –BERNAMA

Tags: GSTtabung amanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd