• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Kata UMNO Sentiasa Hormati Najib

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja akan sentiasa dihormati oleh UMNO, malah parti terbesar orang Melayu itu menuntut supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi proses keadilan yang seadil-adilnya kepada bekas Perdana Menteri itu.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Najib yang juga bekas Presiden UMNO malah terbukti individu yang berjiwa besar apabila menegaskan UMNO tidak sepatutnya menanggung beban bagi mempertahankan dirinya yang dilempar fitnah maha dasyat.

“Datuk Seri Najib sentiasa “consistent” UMNO tidak patut tanggung beban pertahan beliau dan beliau mengulanginya lagi semalam. Ini satu pendirian yang sangat berjiwa besar dan patut di hargai.

“Ramai pemimpin (politik) yang menggunakan partinya untuk pertahan mehnah sangat peribadi sifatnya, tetapi Datuk Seri Najib tidak begitu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Annuar meminta orang ramai tidak salah mengerti berhubung kenyataannya mengenai beban UMNO dalam terus mempertahankan Najib semalam.

“Sebagai sebuah parti kita harus terus bergerak ke hadapan menjunjung amanah dan menjulang perjuangan.

“Namun seperti kata Datuk Seri Zahid (Presiden UMNO), pemimpin lama perlu di hormati,” katanya.

Najib dalam satu coretan di Facebook semalam memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang hasrat kembali menjadi presiden UMNO dan kepimpinan baharu perlu diberikan kepercayaan dan ruang untuk memimpin.

Jelas Najib, beliau selaku Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional (BN) sebelum ini menjadi sasaran pihak lawan yang membuat pelbagai serangan fitnah terhadapnya.

Namun, kata Najib, UMNO tidak perlu mempertahankan beliau terhadap fitnah itu kerana beliau yakin dapat mempertahankan diri sekiranya mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah.

“Saya yakin dapat mempertahankan diri saya. Saya juga yakin tidak bersalah terhadap segala pertuduhan. Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya.

“Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan UMNO. Tidak adil untuk UMNO menanggung beban ini,” ujar Najib. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Annuar MusaDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd