• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Eksekutif KKIA Bebas Dengan Ikat Jamin RM8,000

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang pegawai eksekutif unit komersial Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dakwaan kes rasuah kelulusan tapak sewaan di KKIA, hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan RM5,000 didepositkan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan itu selepas tempoh reman empat hari yang bermula Selasa lepas ke atas lelaki berumur dalam lingkungan 50-an itu tamat hari ini.

Lelaki itu ditahan SPRM pada 6 Ogos lepas setelah dikatakan menerima suapan antara RM500 hingga RM4,500 bagi setiap kelulusan tapak sewaan yang kesemuanya berjumlah RM36,500 dan pembayaran dibuat dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun miliknya.

Kes disiasat menerusi Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam PJ Pereira dan Ariel Dasan manakala SPRM diwakili pengawai penyiasatnya Mohd Faizal Abdul Razak. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Kes Rasuahpegawai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd