• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 Maut Akibat Banjir, Tanah Runtuh Di Kerala

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Hujan lebat dan tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang di selatan India semalam dengan pihak berkuasa membuka pintu 24 empangan dalam tindakan tidak dijangka untuk mengelak bencana lebih besar, kata pihak berkuasa.

Hujan lebat antara Jun hingga September di Kerala meragut 175 nyawa dan merosakkan tanaman bernilai 3.42 bilion rupee (RM202.97 juta) di kawasan seluas 26,824 hektar sejak 29 Mei lalu, kata seorang pegawai Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kerala (KSDMA) yang enggan dikenali.

Jabatan meteorologi negeri itu meramalkan, hujan berterusan sehingga hari ini dan kembali semula Isnin.

“Kerala menerima 17 peratus lebih banyak hujan ketika musim monsun terkini berbanding tahun lalu,” kata Pengarah Jabatan Meteorologi India Kerala, K Santhosh.

Pihak berkuasa berkata, puluhan ribu penduduk hilang tempat tinggal, beberapa daripadanya hilang dengan hujan lebat berterusan selama lebih 48 jam di sesetengah kawasan menenggelamkan berhektar kawasan tanah rendah.

Pasukan Bantuan Bencana Kebangsaan dan tentera membantu usaha menyelamat serta operasi bantuan.

Ketua Menteri, Pinarayi Vijayan berkata, 24 empangan sudah dibuka setakat ini, tidak dijangka dan menunjukkan betapa seriusnya situasi itu.

Negeri itu, yang memiliki 44 sungai, menyaksikan banjir terburuknya pada 1924 selepas hujan lebat. – Reuters/BH ONLINE

Tags: BanjirIndia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd