• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Dana PRU14: SPRM Sita Pelbagai Aset

oleh
10/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa lagi aset berharga disyaki hasil penyalahgunaan wang peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas berikutan penahanan 17 pegawai serta pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri semalam.

Menurut sumber SPRM, sehingga kini jumlah aset yang disita SPRM adalah wang tunai berjumlah RM978,800, lima kereta, 11 motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang, empat utas rantai, 11 telefon bimbit serta perkakas elektrik.

“Lima buah kenderaan berkenaan ialah sebuah Volkswagen Golf GTI, tiga buah Honda dan sebuah Perodua Alza manakala 11 motosikal terdiri daripada lima buah berjenama Yamaha dan selebihnya berjenama Honda.

Kesemua kenderaan dan barangan yang disita tersebut kini masih dalam proses penilaian harga,” kata sumber itu kepada Bernama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kesemua penyitaan itu.

Beliau berkata pasukan penyiasat SPRM masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Semalam, kesemua suspek ditahan semasa hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, antara 2.45 hingga 3.15 petang serta disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Mereka direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14 berjumlah RM3.5 juta. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd