• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Pertahan Kenyataan Berhubung Isu Tuntutan GST

oleh
09/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan kenyataannya berhubung RM18 bilion wang tuntutan cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ kerajaan terdahulu.

Beliau kekal bertegas mengenai meskipun diasak beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Khairy Jamaluddin (Rembau) dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) yang memintanya menarik perkataan ‘rompak’ memandangkan siasatan masih berjalan.

Lim ketika menggulung Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2018 berkata satu siasatan terbuka mengenai perkara itu dengan dipimpin oleh individu luar yang bebas dan berpengalaman bakal disyor kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas selesai siasatan dalaman.

Katanya Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Ismail Bakar dilantik mengetuai siasatan dalaman itu.

“Ini supaya rakyat boleh mengetahui tentang kebenaran kes ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Lim mendedahkan terdapat sejumlah RM19.4 bilion dalam tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei lalu.

Katanya baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik hanyalah sekitar RM1.49 bilion sahaja menandakan ada kekurangan kira-kira RM18 bilion.

Dalam pada itu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan RUU Kastam berkenaan yang berbangkit daripada pelaksanaan sistem percukaian baharu iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Persidangan dewan itu turut meluluskan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018 selepas tiada anggota Dewan Rakyat berminat untuk membahaskannya.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan pemansuhan GST dan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 dan pada Selasa, RUU Cukai Jualan 2018 bagi memperkenalkan semula pelaksanaan SST.

Bercakap kepada pemberita di Lobi Parlimen, Lim berkata bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah akan diminta memperjelaskan tentang dakwaan berlakunya kehilangan wang tuntutan balik GST.

“Sekiranya ada (wang) di sana (Kumpulan Wang Disatukan), kami akan membayar balik (cukai input) sekarang, tetapi ia tidak ada di sana. Jadi, jika (Mohd) Irwan (Serigar) kata ada di sana, kami mahu beliau beritahu kami di mana ia disembunyikan.

“Mungkin beliau tahu sesuatu yang kami semua tidak tahu,” katanya.

Lim mengulas kenyataan Mohd Irwan Serigar hari ini, yang menafikan dakwaan berlakunya kehilangan wang itu.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu menjelaskan semua hasil kutipan GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan sebelum disalurkan kepada tabung amanah untuk membayar tuntutan balik GST berdasarkan permintaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. – BERNAMA

Tags: GSTLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd