• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johari Tawar Kerusi Sungai Petani Kepada Anwar

oleh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR Datuk Johari Abdul berkata beliau secara peribadi telah menawarkan kerusi Parlimen Sungai Petani yang disandangnya bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

Pengerusi Majlis Ahli-Ahli Backbencher itu berkata beliau telah menyatakan kesudiannya itu ketika menemui Anwar semalam.

“Saya berbesar hati sekiranya beliau memilih Sungai Petani, kami bincang panjang semalam tetapi beliau tidak komen apa-apa (berhubung tawaran itu),” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Katanya Sungai Petani ialah antara kerusi Parlimen selamat untuk ditandingi dan penduduk kawasan tersebut semestinya bangga kerana akan mempunyai seorang Anggota Parlimen yang juga bakal perdana menteri.

Johari juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi Anggota Parlimen senior akan menawarkan kerusi mereka kepada Anwar, yang menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Selayang William Leong Jee Keen turut menyatakan kesudian menyerahkan kerusinya kepada Anwar. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimDatuk Johari Abdul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd