• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampai Masa Orang Melayu Tolak PH

oleh Haris
08/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH sampai masanya orang Melayu menolak Pakatan Harapan (PH) yang jelas melaksanakan agenda yang mahu mengubah terus identiti Malaysia.

PH bukan sekadar mahu kerajaan Barisan Nasional dijatuhkan dalam pilihan raya, tetapi mahu berkuasa dan mengubah Malaysia sepenuhnya.

Di sebalik retorik mengambil hati orang Melayu seperti mahu mengubah nama Bangsar South kembali kepada Kerinchi yang akhirnya tidak dilaksanakan, PH menolak identiti Melayu.

Lihatlah bagaimana kerajaan PH membuka pintu kepada kemunculan aktivis LGBT di khalayak umum seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Tidak pernah terjadi sambutan bulan merdeka disertakan dengan sambutan ikon-ikon LGBT.

Kemudian bila gambar-gambar mereka diturunkan, exco Pulau Pinang sendiri yang bersuara menyuarakan kekesalan terhadap tindakan itu.

Mereka sekarang menganggap “Malaysia baharu” sepatutnya menerima LGBT dan tidak mendiskriminasikan golongan mereka lagi.

Inilah idea Malaysia baharu yang ada dalam fikiran mereka. Bagi mereka, semua halangan yang wujud selama ini, dalam bentuk undang-undang, moral, dan agama mesti diruntuhkan.

Golongan LGBT ialah sebahagian pihak yang menggerakkan PH, kerana mereka bukan sahaja aktivis NGO yang membantu tetapi juga ahli parti dalam PH.

Gerakan Bersih 2.0 yang berkempen menolak BN sejak lebih 10 tahun lepas sendiri dipenuhi dengan aktivis dan penyokong LGBT.

Ini semua sudah cukup untuk menjelaskan kepada orang Melayu beragama Islam yang sayangkan agama mereka bahawa kerajaan PH ialah sebuah kerajaan pro-LGBT.

Ini bukan lagi rekaan dan tuduhan UMNO atau musuh politik PH. Ini bukan rekaan untuk menakutkan orang Melayu yang disebar oleh UMNO. Ini realiti.

Ramai yang sudah terlanjur menyokong PH dan rasa malu untuk mengkritik kerajaan PH yang mereka sendiri kempen dan undi semasa pilihan raya lepas.

Bagaimanapun, masih belum terlambat untuk orang Melayu termasuk yang pernah menyokong PH mengubah pendirian mereka dan menebus kesalahan.

Telah terbukti kerajaan PH tidak memandang kepentingan Melayu dan hanya menjadi tunggangan DAP untuk menjayakan agenda mereka. – Mynewshub.tv

Tags: DAPpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP menggesa tindakan diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Kemajuan...

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd