• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong BN Tenggelamkan PAS Di Penamaan Calon

oleh AK-47
14/09/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Suara kumpulan penyokong parti PAS jelas tenggelam pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan kehadiran lebih 3,000 orang penyokong Barisan Nasional (BN) mengiringi calon mereka.

Calon BN, Mat Razi Mat Ail bersama penyokong berarak ke Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, lokasi penamaan calon diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira pukul 8.41 pagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed turut mengiringi calon.

Muhyiddin turut diiringi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PKubor_2

PKubor_3

PKubor_4

Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut hadir mengiringi calon.

Parti PAS yang dilihat kehadirannya agak sedikit iaitu sekitar 700 orang hadir mengiringi calonnya Wan Rosdi Wan Ibrahim tanpa kelibat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketiadaan Abdul Hadi memang dijangka apabila ada desas-desus calon pilihan PAS bari PRK Pengkalan Kubor tidak direstui Abdul Hadi. Cuma yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun hanya hadir kira-kira pukul 9.30 pagi.

Selesi penamaan calon pada pukul 10 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bagi DUN Pengkalan Kubor Mohd Sobri Ramli mengumumkan bahawa PRK DUN berkenaan melibat pertembungan tiga penjuru.

Mat Razi dari BN bertemu dengan Wan Rosdi dari PAS dan Izat Bukhary Ismail Bukhary sebagai calon bebas. Izat Bukhary merupakan calon sama yang turut bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 sebelum ini.

PKubor_5

Selain itu, para penyokong PAS dilihat begitu pantas bersurai meninggalkan kawasan perhimpunan di depan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat sementara penyokong BN masih setia menunggu semua pucuk pimpinan BN meninggalkan dewan penamaan.

Sebaik Muhyiddin melintasi himpunan penyokong, para penyokong berebut mahu bersalaman dengan Muhyiddin mentafsirkan sokongan padu rakyat di kawasan Pengkalan Kubor kekal setia menyokong BN.

Hari mengundi awal PRK Pengkalan Kubor telah ditetapkan pada 21 September manakala hari mengundi ditetapkan pada 25 September ini bagi mencari pengganti Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia pada 20 Ogos lepas.

http://youtu.be/tgiebjZeX8s

http://youtu.be/MKG8vXXs-5w

Noor Zahidi menang menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Tags: KelantanPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd