• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Bola Sepak ASEAN B-16

oleh
08/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak ASEAN AFF Bawah 16 (B-16) setelah menang tipis 1-0 ke atas Laos pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Gelora Joko Samudro, Surabaya, Indonesia, hari ini.

Kemenangan ketiga diraih skuad negara kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib itu menyaksikan mereka mengiringi Thailand yang muncul juara Kumpulan B setelah mencatat empat kemenangan berturut-turut.

Selepas kalah 1-2 kepada Thailand pada perlawanan pertama, Isnin lalu, skuad negara bangkit mengalahkan Brunei 6-1, Jumaat lepas, sebelum membenam Singapura 4-0, selang dua hari kemudian.

Pada perlawanan hari ini, gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain Laos, Anantaza Siphongphan seawal minit keempat setelah beliau menolak masuk ke dalam gawang sendiri hantaran silang pemain negara, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim.

Malaysia akan bertemu dengan tuan rumah, Indonesia yang muncul juara Kumpulan A manakala Thailand akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan A, Myanmar pada peringkat separuh akhir, menurut laman sesawang Persekutuan Bola Sepak ASEAN, www.aseanfootball.org.

Kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo, Jawa Timur pada Khamis ini.

Untuk rekod, Malaysia pernah muncul juara kejohanan berkenaan pada 2013 yang berlangsung di Myanmar. – BERNAMA

Tags: bola sepak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd