• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntutan Cukai Input GST Tidak Dapat Dilaksanakan

oleh
07/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tuntutan pembayaran balik cukai input bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang masih berbaki, tidak dapat dilaksanakan kerana wang yang telah dibayar sebagai pendahuluan tidak dimasukkan ke dalam akaun amanah kerajaan semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Mendedahkan perkara tersebut, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata wang pendahuluan itu sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun dana yang disatukan dan dianggap sebagai hasil oleh kerajaan Barisan Nasional.

“Wang itu telah digunakan oleh kerajaan terdahulu terlebih dahulu, itu sebabnya (kenapa tuntutan cukai input GST tidak dapat dilaksanakan),” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata bayaran yang sepatutnya dibayar balik dalam masa dua minggu itu tertangguh hingga dua tahun.

“Ini perompakan serius, yang mana wang yang patut ada dalam akaun amanah tidak ada dalam akaun amanah, bagaimana kerajaan sekarang boleh bayar (kepada penuntut cukai input) kalau tak ada dalam akaun amanah?” katanya.

Menjawab celahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mahu Lim membuktikan dakwaannya, Lim berkata beliau akan membentangkan butiran mengenai perkara berkenaan semasa pembentangan RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018.

Lim berkata berbeza dengan GST yang juga cukai pelbagai peringkat, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diusul bagi menggantikan GST adalah cukai satu peringkat.

“Cukai ini adalah cukai seperingkat tidak perlunya input tax (cukai) untuk minta refund (kembalian wang) dibuat. Ini adalah sebabnya kita perlukan satu sistem pencukaian satu peringkat yang saya rasa lebih mudah dan jelas, supaya masalah tuntutan tak dibayar balik tak timbul lagi,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa penggantian cukai GST kepada SST dibuat bagi meringankan beban rakyat dan akan melihat sebanyak 5,445 barangan dikecualikan cukai berbanding GST, 545 barangan.

RUU itu kemudian diluluskan Dewan Rakyat walaupun ia cuba diserahkan kepada satu jawatankuasa pilihan oleh pihak pembangkang.

Perkara itu diusulkan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (BN-Beluran) selepas selesai sesi penggulungan perbahasan, namun tidak dipersetujui majoriti Anggota Dewan Rakyat sebelum beliau meminta undian belah bahagi dilakukan.

Undian belah bahagi kemudian menyaksikan 111 Anggota Dewan Rakyat tidak bersetuju, 51 bersetuju dan empat tidak mengundi. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd