• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gabung KWSP, PERKESO Undang Kepincangan

oleh Ahmad Albab
07/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan menggabungkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikhuatiri mengundang kepincangan dalam menjana pulangan jangka panjang serta mekanisme caruman.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata kedua-dua agensi itu ‘lahir’ menerusi pentas sama iaitu Konvensyen Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 (102) berkaitan keselamatan sosial (standard minimum).

Bagaimanapun, katanya, ia terpisah mengikut tanggungjawab berbeza apabila KWSP diberi mandat menyelia dana persaraan atau simpanan hari tua, manakala PERKESO menguruskan hal ehwal keselamatan sosial dan pekerja.

“Wujud beberapa perbezaan bidang kuasa dan tugas kerana Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) diletakkan mengikut seliaan Kementerian Sumber Manusia, manakala Akta KWSP 1991 (Akta 452) dikendalikan Kementerian Kewangan.

“Lebih baik semua pihak terbabit iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, KWSP dan PERKESO duduk berbincang sebelum sebarang cadangan diutarakan berhubung langkah menggabungkan kedua-dua agensi berkaitan pekerja ini.

“Cadangan sewajarnya disusuli perincian teknikal, mencakupi mekanisme penggabungan supaya ia tidak mengundang sebarang spekulasi dan kegusaran, khususnya dalam kalangan pencarum,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, pada 3 Julai lalu, dilaporkan berhasrat mencadangkan PERKESO dan KWSP, masing-masing dengan dana bernilai RM26 bilion serta RM800 bilion setakat tahun lalu, digabungkan susulan kedua-duanya dikatakan menjalankan peranan sama.

Selain itu, Kulasegaran menyuarakan keyakinan langkah penggabungan agensi berkenaan berupaya kadar penjanaan pelaburan untuk manfaat pencarum, sekali gus menyediakan lebih menyeluruh terhadap pekerja.

Menyanggah kenyataan itu, Abdul Halim berkata, PERKESO dan KWSP memainkan peranan berlainan, malah wujud perbezaan ketara dalam mekanisme caruman serta kadar pulangan untuk pelbagai kegunaan pekerja.

Katanya, PERKESO menetapkan kadar siling gaji iaitu RM4,000 yang menyaksikan pekerja dikenakan caruman berkadar 0.5 peratus, manakala majikan sebanyak 1.75 peratus demi melindungi pelbagai aspek keselamatan sosial.

“PERKESO tidak menjanjikan sebarang pulangan dalam bentuk dividen kepada pencarum, sebaliknya memberikan sejumlah peruntukan jika wujud keperluan mengikut peruntukan Seksyen 2(6) dan Seksyen 24(1), masing-masing berkaitan perlindungan waktu perkhidmatan serta dalam perjalanan ke tempat kerja.

“KWSP pula tidak menetapkan sebarang siling caruman, sebaliknya mengenakan kadar 11 dan 13 peratus, masing-masing untuk pekerja serta majikan, selain menjanjikan pulangan dividen sekurang-kurangnya enam peratus kepada pencarum.

“Jadi, berdasarkan pertimbangan mengikut peranan kedua-dua agensi ini, wujud kemungkinan KWSP satu badan baharu pasca penggabungan berdepan kepincangan memberi pulangan lebih baik kepada pencarum kerana dibebani tanggungjawab menyelia komitmen membabitkan keselamatan sosial pekerja,” katanya. – BH ONLINE

Tags: KWSPPerkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd